1.Sejarah penurunan surah An-Nasr
Seluruh
Ulama Tafsir bersepakat bahawa Surah An Nasr ini merupakan Surah Madaniyyah
walaupun turun di Makkah iaitu pada saat Haji Wada. Dan ini menjadi dalil
bahawa Surah Madaniyah tidak selalu turun di kota Madinah.
Imam Ibnu Abi Hatim di dalam tafsir Al Qur’anul Azhim menurunkan suatu riwayat, tidaklah
seorang Nabi diberikan umur dakwah separuh dari umur dakwah Nabi
sebelumnya. Dakwah Nabi Isa berumur 40 tahun. Dan Rasullullah mempunyai
umur dakwah sekitar 20 tahunan.











